Bazar Raya Nadi Felda Pasoh 2
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2025, telah berlangsung Bazar Raya NADI bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Bazar Raya ini berlangsung bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Program Bazar Raya NADI ini dijalankan secara serentak di seluruh NADI Malaysia. Program ini melibatkan para usahawan dalam komuniti untuk berniaga dan mempromosikan produk jualan mereka kepada orang ramai. Pelbagai jualan daripada para usahawan antaranya aneka kuih raya, lip balm homemade, sabun homemade,pizza, baju prelove dan tudung.
Selain daripada itu, Terdapat juga sesi Webinar Kidventure bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun untuk pendedahan kepada dunia usahawan, webinar EmpowerHER untuk usahawan wanita. Selain itu, terdapat juga booth Kempen Intertnet Selamat serta taklimat Kempen Internet Selamat dan permainan atas talian iaitu wordsearch dan jigsaw puzzle berkaitan internet Selamat. Di samping itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung.
NADI ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para usahawan yang menjayakan program bazar Raya NADI 2026 dan terima kasih kepada para pengunjung yang memeriahkan bazar Raya NADI 2026 di NADI Felda Pasoh 2.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: